Saturday, 14 November 2015

Sabarlah menghadapi ujian...berserahlah


Image result for gambar pemandangan indah 

Waktu badai mengetuk hati....rasa diri tak mampu dan bernafas lagi...hati remuk , diri yang dididik selama berpuluh tahun hilang begitu sahaja...segalanya nampak gelap, kelam dan tiada jalan keluarnya. Ijazah yang dicari dan di usahakan langsung tidak membantu diri ini. Semuanya rasa sia-sia sahaja......rasanya hidup jika boleh dipilih saya ingin tidur setiap masa dan enggan bangun agar saya tidak perlu memikirkan semuanya......sudah lah sahabat....biarkan lah semuanya berlalu.....Allah mencipta kita, Allah tahu keperluan kita, Allah juga telah tetapkan rezeki dan dugaan untuk kita.... terima sajalah, sebagai hamba kita wajar di uji......ujian datang pastinya baik,pastinya untuk mengingatkan kita semula kepada Dia, mungkin kita telah mula berlari jauh maka dengan kasih-Nya kita ditarik semula menghampirinya. Sudahlah jadilah yang biasa-biasa sahaja, putuskan lah menjadi yang tenang-tenang sahaja....semua juga pasti telah disukat dan diukur sesuai dengan keperluan dan kemampuan diri. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Allah tidak pernah menarik kembali nikmat yang telah diberi, jika hilang juga...maka berbaik sangkalah dengan Allah yang Dia akan menggantikannya dengan lebih baik. Marilah sahabat, teruskan berbuat baik dan lupakan,  berbuat baik dan lupakan, berbuat baik dan lupakan. Berhentilah berharap pada mahluk lain....dengan terlalu berharap kita akan lebih menderita ...dengan banyak berharap kita pasti akan selalu kecewa....cukuplah berbuat baik sahaja, tanpa mengharap sesuatu......pasti suatu hari nanti Allah akan kurniakan hadiah Tenang kepada kita. Sudahlah sahabat, hidup ini singkat....biarkan lah semuanya pergi...Allah ada untuk menjaga kita. Berserahlah... 
- Allah loves you no matter you are -

TUNTUTAN HARTA PERKAHWINAN - KWSP


PENGENALAN

Tuntutan Harta Perkahwinan (Matrimonial Asset) membolehkan KWSP mematuhi Perintah Mahkamah berhubung tuntutan Harta Perkahwinan ke atas simpanan KWSP bagi ahli bukan islam

KELAYAKAN MEMOHON

1. warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia layak memohon
2. Tuntutan harta perkahwinan hanya terpakai untuk pemohon bukan islam sahaja
3. Perintah mahkamah perlu dikemukan bersama-sama permohonan
4. Permohonan Tuntutan Harta Perkahwinan boleh dibuat dalam tempoh 6 tahun daripada tarikh Perintah mahkamah.

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN

1. Anda boleh membuat pengeluaran simpanan dari Tuntutan Harta Perkahwinan apabila membuat pengeluaran berikut:
  • 55 tahun ; atau
  • Meninggalkan Negara ; atau
  • Hilang Upaya; atau
  • Kematian
LAIN-LAIN

1. Anda atau waris anda tidak layak menerima Bantuan Hilang Upaya/ Kematian sekiranya simpanan dalam akaun anda hanya terdiri daripada Tuntutan Harta Perkahwinan sahaja

2. Anda boleh membuat penama bagi harta simpanan Harta Perkahwinan


CARA PERMOHONAN DI HANTAR

Permohonan boleh dihantar dimana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter atau melalui pos.

1. Serah di kaunter
bagi serahan pendaftaran di kaunter, borang dan dokumen yang perlu dikemukan adalah seperti berikut

      i      Borang KWSP AT(2)

     ii      Dokumen Sokongan
  • Kad pengenalan awam/ mykad; atau
  • Kad pengenalan polis/ tentera dan surat pengesahan majikan yang menyatakan nombor polis/ tentera dan no kad pengenalan awam merujuk kepada orang yang sama
  • Pasport bagi penerima Bukan Warganegara Malaysia 
  • Perintah mahkamah (Decree Nisi) dan Sijil Menjadi Decree Nisi mutlak
2. Serahan Melalui Pos

 i   Sekiranya serahan melalui pos, anda dikehendaki mengemukakan Borang Permohonan KWSP AT(2) yang telah lengkap berserta salinan fotostat dokumen dan disahkan oleh pegawai pengesahan yang dibenarkan oleh KWSP.

ii   Sila pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan pegawai yang dibenarkan oleh KWSP

iii  Permohonan melalui pos boleh di alamatkan kepada :

KUMPULAN  WANG SIMPANAN PEKERJA
Beg Berkunci no 220, Jalan Sultan, 46720
Petaling jaya, Selangor, Malaysia


PEGAWAI PENGESAHAN DOKUMEN 
  1. Permohonan Dalam Malaysia
  • Pegawai KWSP Gred 18 ke atas dan pegawai yang bertugas di kaunter
  • Majikan pemohon
  • Penghulu
  • Pegawai kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional
  • ADUN
  • Ahli Parlimen
  • Ahli Jaksa Pendamai
  • Peguambela dan peguamcara
  • Pesuruhjaya Sumpah 
     2. Permohonan daripada Luar Malaysia
  • Pegawai yang diberi kuasa di Kedutaan Malaysia
  • Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat Malaysia
  • Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia

Sebarang pertanyaan  sila rujuk kepada




  •  

Thursday, 29 October 2015

BERSABARLAH

Sabar itu ilmu tingkat tinggi, belajarnya setiap hari....latihannya setiap saat, Ujiannya sering mendadak, sekolahnya seumur hidup. Sabar itu tak mampu diraih dalam sehari. Sabar itu punya prestasi sendiri dan punya nikmat tersembunyi. Tapi Allah letakkan sabar itu tanpa had. Di situlah kasih Allah...Jika sabar itu ada hadnya pasti telah ramai yang mati kerana menderita. Hidup lah...dan laluinya satu persatu. Guruh juga pastikan berhenti. Sabarlah...

air terjun niagara adalah nama kelompok air terjun yang terdiri
Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang datang. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar. Allah ambil sesuatu untuk didik redha. Sampai masa, Allah akan beri sesuatu sebagai ganjaran.Saat itu, kita akan begitu bersyukur dengan apa yang Allah aturkan ini..... Tenanglah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang sentiasa sabar. He loves you no matter what.

Tuesday, 27 October 2015

MEMULAKAN E-CARUMAN KWSP

 
MAJIKAN SEKALIAN!!! MENGAPA BERATUR
ONLINE KAN ADA......
 
ia sungguh mudah, jimat wang dan masa anda

 

Langkah mudah untuk majikan memulakan e-Caruman

  1. Daftar I- Akaun untuk majikan
  2. Layari e-caruman melalui myEPF untuk menghantar maklumat caruman KWSP anda


Pusat Panggilan KWSP    : 03-89226000
Laman utama KWSP        : www.kwsp.gov.my
Maklum Balas Pelanggan :http://enquiry.kwsp.gov.my
 

E-CARUMAN KWSP





KELEBIHAN HEBAT E-CARUMAN

  1. Boleh diakses bila-bila masa, di mana jua
  2. Menjimatkan masa dan wang
  3. Cepat, mudah dan mesra pengguna
  4. Selamat
  5. Ketepatan maklumat caruman ahli dan majikan
  6. Dikreaditkan ke akaun ahli dengan pantas



Pusat Panggilan KWSP    : 03-89226000
Laman utama KWSP        : www.kwsp.gov.my
Maklum Balas Pelanggan :http://enquiry.kwsp.gov.my

Monday, 26 October 2015

Bangi Kopitiam

Singgah sebentar di kedai kegemaran ku...Bangi Kopitiam. Bangi Kopitiam merupakan sebuah restoran yang terletak di kawasan yang strategik. Berhampiran dengan Hospital
Az-zahra dan Hospital Pakar An-nur. Lokasinya juga yang berhadapan dengan masjid Bangi menjadikan kedai makan ini sering menerima tetamu yang inginkan suasana santai dan tenang.



 
 
Sebenarnya aku sudah 5 bulan tidak  mengunjungi restoran kopitiam. Tiba-tiba teringin makan laksa, maka Bangi Kopitiam adalah lokasi yang sangat tepat untuk menikmati laksa baba nyonya. Setelah melihat menu, rupanya banyak pembaharuan menu telah dibuat, lebih banyak pilihan bagi penggemar nasi. Seperti nasi ayam dan sebagainya. Bagi yang meminati western food, hidangan ini juga turut disediakan.
Setelah mempertimbangkan semua hidangan akhirnya , aku memesan Laksa dan air kedondong asam boi yang telah lama ku idamkan.
 

 
Restoran ini juga menggunakan kaedah pesanan yang menarik dengan memudahkan pengguna memanggil pelayan menggunakan loceng. Hanya tekan pada butang hitam maka anda akan dilayan secepat mungkin. Di samping itu, pembayaran bil juga boleh dibuat di meja makan dengan hanya menekan loceng.
 
 
 
Selamat mencuba

Sunday, 25 October 2015

Roti Canai Best di Sungai Besar

Kami tiba di pekan Sungai Besar  lebih kurang jam 7.30 pagi....memandangkan jam masih awal untuk tiba di rumah yang menjemput kami kenduri, kami meronda-ronda melihat kawasan.....anak2 mula berasa lapar...

emmmm.....mana nak makan ni? Pusing punya pusing jumpa ramai org sedang makan roti canai...emmm menarik...warung Ismail Roti Canai yang terletak berdepan dengan kedai cat Jotun dan Klinik Nurul Huda Sungai Besar. (berhampiran dengan Taman Raya dan Simpan masuk ke SAM Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar)



Saya order roti sadin+bawang+ cili......anak saya roti canai telur+ bawang +cili...emmm memang berbaloi. Orang yang menebar roti canai nya juga juga peramah dan prihatin dengan bertanya nak bawang atau mahu cili atau bawang saja.... Servis nya juga cepat...
Roti Canai Sardin + Bawang + Cili


Ikan sardine dan bawang yang melimpah-limpah
 
Walaupun cuma sebuah gerai yang kelihatan  biasa tetapi rasa roti canainya sangat sedap. Anak kecil saya memesan roti canai kosong sahaja dan air soya....melihat dia sangat berselera...sudah pasti rotinya cukup sedap dan menepati cita rasa anak saya. Jika anda tiba disini, cubala...anda pasti tak menyesal.


Roti canai Telur + Bawang+ Cili




 Selamat mencuba