Thursday, 29 October 2015
BERSABARLAH
Sabar itu ilmu tingkat tinggi, belajarnya setiap hari....latihannya setiap saat, Ujiannya sering mendadak, sekolahnya seumur hidup. Sabar itu tak mampu diraih dalam sehari. Sabar itu punya prestasi sendiri dan punya nikmat tersembunyi. Tapi Allah letakkan sabar itu tanpa had. Di situlah kasih Allah...Jika sabar itu ada hadnya pasti telah ramai yang mati kerana menderita. Hidup lah...dan laluinya satu persatu. Guruh juga pastikan berhenti. Sabarlah...
Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang datang. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar. Allah ambil sesuatu untuk didik redha. Sampai masa, Allah akan beri sesuatu sebagai ganjaran.Saat itu, kita akan begitu bersyukur dengan apa yang Allah aturkan ini..... Tenanglah. Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang sentiasa sabar. He loves you no matter what.
Tuesday, 27 October 2015
MEMULAKAN E-CARUMAN KWSP
MAJIKAN SEKALIAN!!! MENGAPA BERATUR
ONLINE KAN ADA......
ia sungguh mudah, jimat wang dan masa anda
Langkah mudah untuk majikan memulakan e-Caruman
- Daftar I- Akaun untuk majikan
- Layari e-caruman melalui myEPF untuk menghantar maklumat caruman KWSP anda
Laman utama KWSP : www.kwsp.gov.my
Maklum Balas Pelanggan :http://enquiry.kwsp.gov.my
E-CARUMAN KWSP
KELEBIHAN HEBAT E-CARUMAN
- Boleh diakses bila-bila masa, di mana jua
- Menjimatkan masa dan wang
- Cepat, mudah dan mesra pengguna
- Selamat
- Ketepatan maklumat caruman ahli dan majikan
- Dikreaditkan ke akaun ahli dengan pantas
Pusat Panggilan KWSP : 03-89226000
Laman utama KWSP : www.kwsp.gov.my
Maklum Balas Pelanggan :http://enquiry.kwsp.gov.my
Monday, 26 October 2015
Bangi Kopitiam
Singgah sebentar di kedai kegemaran ku...Bangi Kopitiam. Bangi Kopitiam merupakan sebuah restoran yang terletak di kawasan yang strategik. Berhampiran dengan Hospital
Az-zahra dan Hospital Pakar An-nur. Lokasinya juga yang berhadapan dengan masjid Bangi menjadikan kedai makan ini sering menerima tetamu yang inginkan suasana santai dan tenang.
Sebenarnya aku sudah 5 bulan tidak mengunjungi restoran kopitiam. Tiba-tiba teringin makan laksa, maka Bangi Kopitiam adalah lokasi yang sangat tepat untuk menikmati laksa baba nyonya. Setelah melihat menu, rupanya banyak pembaharuan menu telah dibuat, lebih banyak pilihan bagi penggemar nasi. Seperti nasi ayam dan sebagainya. Bagi yang meminati western food, hidangan ini juga turut disediakan.
Setelah mempertimbangkan semua hidangan akhirnya , aku memesan Laksa dan air kedondong asam boi yang telah lama ku idamkan.
Restoran ini juga menggunakan kaedah pesanan yang menarik dengan memudahkan pengguna memanggil pelayan menggunakan loceng. Hanya tekan pada butang hitam maka anda akan dilayan secepat mungkin. Di samping itu, pembayaran bil juga boleh dibuat di meja makan dengan hanya menekan loceng.
Selamat mencuba
Sunday, 25 October 2015
Roti Canai Best di Sungai Besar
Kami tiba di pekan Sungai Besar lebih kurang jam 7.30 pagi....memandangkan jam masih awal untuk tiba di rumah yang menjemput kami kenduri, kami meronda-ronda melihat kawasan.....anak2 mula berasa lapar...
emmmm.....mana nak makan ni? Pusing punya pusing jumpa ramai org sedang makan roti canai...emmm menarik...warung Ismail Roti Canai yang terletak berdepan dengan kedai cat Jotun dan Klinik Nurul Huda Sungai Besar. (berhampiran dengan Taman Raya dan Simpan masuk ke SAM Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar)
Saya order roti sadin+bawang+ cili......anak saya roti canai telur+ bawang +cili...emmm memang berbaloi. Orang yang menebar roti canai nya juga juga peramah dan prihatin dengan bertanya nak bawang atau mahu cili atau bawang saja.... Servis nya juga cepat...
Walaupun cuma sebuah gerai yang kelihatan biasa tetapi rasa roti canainya sangat sedap. Anak kecil saya memesan roti canai kosong sahaja dan air soya....melihat dia sangat berselera...sudah pasti rotinya cukup sedap dan menepati cita rasa anak saya. Jika anda tiba disini, cubala...anda pasti tak menyesal.
Selamat mencuba
emmmm.....mana nak makan ni? Pusing punya pusing jumpa ramai org sedang makan roti canai...emmm menarik...warung Ismail Roti Canai yang terletak berdepan dengan kedai cat Jotun dan Klinik Nurul Huda Sungai Besar. (berhampiran dengan Taman Raya dan Simpan masuk ke SAM Tengku Ampuan Jemaah Sungai Besar)
Saya order roti sadin+bawang+ cili......anak saya roti canai telur+ bawang +cili...emmm memang berbaloi. Orang yang menebar roti canai nya juga juga peramah dan prihatin dengan bertanya nak bawang atau mahu cili atau bawang saja.... Servis nya juga cepat...
Roti Canai Sardin + Bawang + Cili
Ikan sardine dan bawang yang melimpah-limpah
Roti canai Telur + Bawang+ Cili
Selamat mencuba
Cuti Sekolah 2016 dan Jadual Persekolahan 2016
Jadual di atas merupakan persekolahan bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wlayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Bagi sesiapa yang inginkan jadual cuti untuk negeri-negeri di sebelah pantai timur dan Johor sila awalkan satu hari , ini kerana cuti bermula pada hari jumaat.
Monday, 12 October 2015
Kata-kata Hikmah
1. Jangan berjalan dibelakang ku kerana aku tidak akan memimpinmu...jangan jalan dihadapanku kerana aku tidak akan mengikutmu....berjalanlah disisi ku sebagai sahabatku.
2. Kegagalan bukan bererti terjatuh tapi menolak untuk bangkit
3. Selama kita masih punya tekad yang terpelihara dalam semangat, maka tiada kata terlambat untuk memulai sebuah awal yang baru
4. Sahabat adalah mereka yang tahu semua kekuranganmu, namun tetap memilih bersamamu ketika orang lain meninggalkanmu
5. Though miles may lie between us, we are never far apart for friendship doesn't count miles its measured by the heart
6. Sahabat sejati adalah mereka yang mampu membuat hal yang sederhana menjadi sesuatu yang membuatmu bahagia
Sunday, 11 October 2015
Sabar Mencuba
Selagi nafas masih ada selagi itu masih ada peluang untuk mencuba. Usah ditangisi kekecewaan hati. Sedih itu biasa kerana kita manusia biasa, tetapi jika berlarutan, ia perlu dirawat. Ambil lah sebanyak masa yang ada.....tapi jangan pernah berhenti mencuba. Mungkin yang kita suka bukan rezeki kita tapi Allah telah ukur semua kemampuan kita. Allah telah ukur baik buruk pemberiannya terhadap kita. Tiada yang lebih baik daripada apa yang diberi. Semua yang Allah beri itu baik tinggal bagaimana kita menerimanya. Jika apa yang kita suka kita tak dapat di dunia bersabarlah, Allah tahu apa yang lebih baik untuk kita. Teruslah bersangka baik dengan Allah. Sebenarnya tiada satu pun ujian yang didatangkan pada kita bahaya. Yang lebih bahaya jika kita lupa pada-Nya. Lebih bahaya lagi jika telah mula rasa selesa tanpaNya. Setiap ujian pasti telah disediakan tempoh masanya. Hujan juga pasti akan berhenti. Siang juga pasti akan bertukar malam. Hidup juga pasti bertemu mati. Lalui semuanya dengan tenang. Kata seseorang pada saya "orang yang bertenang pasti akan menang". Jika kita tidak menang di mata orang, kita akan tenang jika menang dimata kita sendiri. Penilaian yang penting sebenarnya adalah penilaian untuk diri kita sendiri. Bagaimana kita melihat diri kita. Banyakkan berzikir. Bersabarlah sebab pasti semuanya ada titik noktahnya. Biarkanlah diri kita bahagia walaupun cuma dengan menikmati tenang dan sabar.
Tenang Itu Indah
Untuk mendapatkan tenang sebenarnya bukannya percuma. Ia perlu diusahakan dengan sepenuh hati. Sepenuh hati dengan hati yang sangat ikhlas. Kadang-kadang kita menyalahkan ujian. Sedangkan ujian itu didatangkan kerana Allah sayang. Ujian datang kerana Allah nak kita datang kepadanya. Mungkin kita telah jauh darinya. Ujian yang datang, pasti semua telah diukur oleh Allah bersesuaian dengan kemampuan kita. Mengucap sabar itu mudah tetapi tatkala diri sendiri menerima ujian , Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya , betapa berputus asanya, betapa kecewanya. Tetapi Allah ada. Jangan bersedih kerana Allah ada untuk kita. Berhentilah berharap pada makhluk lain selain Allah. Tenangkan hati dan tersenyum. Redha itu sukar tapi belajarlah untuk terima. Semoga satu hari nanti kita akan sama-sama menuju syurga Allah.
Semoga kita sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lembut hatinya. Maaf jika ada yang terguris dengan nukilan saya kerana yang sedang menulis ini juga sedang belajar. Belajar untuk menjadi lebih baik dan lebih redha
Semoga kita sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lembut hatinya. Maaf jika ada yang terguris dengan nukilan saya kerana yang sedang menulis ini juga sedang belajar. Belajar untuk menjadi lebih baik dan lebih redha
Wednesday, 7 October 2015
Kata Nama
Terbahagi kepada 2:
1) Kata Nama Am
2) Kata Nama Khas
1) Kata Nama Am
a) Kata Nama Am bernyawa
- Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, binatang dan hidupan seperti tumbuh-tumbuhan
- contoh : burung, seniman, kang kung
- Sesuatu yang tidak bernyawa seperti benda dan tempat
- Contoh : kertas, negeri, telefon
2) Kata nama Khas
Kata yang khasnya merujuk kepada sesuatu
a) sesuatu yang bernyawa
- contoh: Ali, Comel (untuk haiwan tetapi haiwan tersebut diberikan nama)
b) Sesuatu yang tidak bernyawa
- Contoh : Malaysia, Kamus Indonesia, Langkawi
c)Makhluk lain seperti malaikat
- Contoh : Mikail, Jibril
Bali Kota Cinta
Kali ini saya tinggal di Ramayana resort and spa. Memandangkan trip kali ini hanya 2 hari dan saya sampai pada hari jumaat lebih kurang jam 11 malam maka kami memutuskan untuk mengambil mana-mana sahaja hotel yang telah kami cari di internet secara rawak.
Seawal 6 pagi setelah solat subuh kami bangun dan memulakan hari untuk menjelajah daerah Bali ini. setelah sarapan di hotel(memandangkan makanan yang disediakan tidak halal maka kami memilih untuk makan buah sahaja bersama air teh segar sambil melihat keindahan pekan kuta). langkah pertama adalah mencari sebuah motor. di sekitar pekan kuta terdapat banyak perkhidmatan menyewa motor dengan harga yang sangat berpatutan(minyak perlu beli sendiri, dan motor hanya diisikan minya secukupnya untuk sampai ke tempat menjual minyak. minyak ada di jual dalam botol dikedai kedai runcit atau di stesen minyak).
Tempat yang menarik untuk dilawati di sekitar kuta yang kami lawati hanya dengan berbekalkan motor sebiji, google map yang di print dan senarai tempat menarik di kuta :
1. Tanah Lot
2. Pantai Sanur
3. pantai Kuta
4. Seminyak
5. Pantai Dreamland
6. Pantai Legian
7. Pantai padang- padang
8. Garuda Wisnu Kencana
9. Jimbaran
10. Art centre
catatan: jangan risau di bali terdapat banyak tempat makanan halal, asalkan anda ada sebiji motor anda pasti dapat menikmati semua tempat dan makanan disini dengan gembira. Selamat mencuba
.
Subscribe to:
Posts (Atom)