Sunday, 11 October 2015

Tenang Itu Indah

Untuk mendapatkan tenang sebenarnya bukannya percuma. Ia perlu diusahakan dengan sepenuh hati. Sepenuh hati dengan hati yang sangat ikhlas. Kadang-kadang kita menyalahkan ujian. Sedangkan ujian itu didatangkan kerana Allah sayang. Ujian datang  kerana Allah nak kita datang kepadanya. Mungkin kita telah jauh darinya. Ujian yang datang, pasti semua telah diukur oleh Allah bersesuaian dengan kemampuan kita. Mengucap sabar itu mudah tetapi tatkala diri sendiri menerima ujian , Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya , betapa berputus asanya, betapa kecewanya. Tetapi Allah ada. Jangan bersedih kerana Allah ada untuk kita. Berhentilah berharap pada makhluk lain selain Allah. Tenangkan hati dan tersenyum. Redha itu sukar tapi belajarlah untuk terima. Semoga satu hari nanti kita akan sama-sama menuju syurga Allah.
Gambar Pemandangan Alam Yang Menyegarkan | Artikel Bahasa Indonesia
Semoga kita sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lembut hatinya. Maaf jika ada yang terguris dengan nukilan saya kerana yang sedang menulis ini juga sedang belajar. Belajar untuk menjadi lebih baik dan lebih redha

No comments:

Post a Comment