Kali ini saya tinggal di Ramayana resort and spa. Memandangkan trip kali ini hanya 2 hari dan saya sampai pada hari jumaat lebih kurang jam 11 malam maka kami memutuskan untuk mengambil mana-mana sahaja hotel yang telah kami cari di internet secara rawak.
Seawal 6 pagi setelah solat subuh kami bangun dan memulakan hari untuk menjelajah daerah Bali ini. setelah sarapan di hotel(memandangkan makanan yang disediakan tidak halal maka kami memilih untuk makan buah sahaja bersama air teh segar sambil melihat keindahan pekan kuta). langkah pertama adalah mencari sebuah motor. di sekitar pekan kuta terdapat banyak perkhidmatan menyewa motor dengan harga yang sangat berpatutan(minyak perlu beli sendiri, dan motor hanya diisikan minya secukupnya untuk sampai ke tempat menjual minyak. minyak ada di jual dalam botol dikedai kedai runcit atau di stesen minyak).
Tempat yang menarik untuk dilawati di sekitar kuta yang kami lawati hanya dengan berbekalkan motor sebiji, google map yang di print dan senarai tempat menarik di kuta :
1. Tanah Lot
2. Pantai Sanur
3. pantai Kuta
4. Seminyak
5. Pantai Dreamland
6. Pantai Legian
7. Pantai padang- padang
8. Garuda Wisnu Kencana
9. Jimbaran
10. Art centre
catatan: jangan risau di bali terdapat banyak tempat makanan halal, asalkan anda ada sebiji motor anda pasti dapat menikmati semua tempat dan makanan disini dengan gembira. Selamat mencuba
.
No comments:
Post a Comment