Selagi nafas masih ada selagi itu masih ada peluang untuk mencuba. Usah ditangisi kekecewaan hati. Sedih itu biasa kerana kita manusia biasa, tetapi jika berlarutan, ia perlu dirawat. Ambil lah sebanyak masa yang ada.....tapi jangan pernah berhenti mencuba. Mungkin yang kita suka bukan rezeki kita tapi Allah telah ukur semua kemampuan kita. Allah telah ukur baik buruk pemberiannya terhadap kita. Tiada yang lebih baik daripada apa yang diberi. Semua yang Allah beri itu baik tinggal bagaimana kita menerimanya. Jika apa yang kita suka kita tak dapat di dunia bersabarlah, Allah tahu apa yang lebih baik untuk kita. Teruslah bersangka baik dengan Allah. Sebenarnya tiada satu pun ujian yang didatangkan pada kita bahaya. Yang lebih bahaya jika kita lupa pada-Nya. Lebih bahaya lagi jika telah mula rasa selesa tanpaNya. Setiap ujian pasti telah disediakan tempoh masanya. Hujan juga pasti akan berhenti. Siang juga pasti akan bertukar malam. Hidup juga pasti bertemu mati. Lalui semuanya dengan tenang. Kata seseorang pada saya "orang yang bertenang pasti akan menang". Jika kita tidak menang di mata orang, kita akan tenang jika menang dimata kita sendiri. Penilaian yang penting sebenarnya adalah penilaian untuk diri kita sendiri. Bagaimana kita melihat diri kita. Banyakkan berzikir. Bersabarlah sebab pasti semuanya ada titik noktahnya. Biarkanlah diri kita bahagia walaupun cuma dengan menikmati tenang dan sabar.
Sunday, 11 October 2015
Sabar Mencuba

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment